Acara kejohanan olahraga tahunan yang diadakan bukan sahaja dapat mewujudkan interaksi antara kaum berbilang bangsa yang terdapat di sekolah ini, malah memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat yang terpendam dan kebolehan masing-masing dalam acara yang disertai. Ini dapat dilihat apabila semua pelajar diwajibkan menyertai setiap acara yang dipertandingkan dari peringkat saringan hinggalah ke peringkat akhir. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bersukan selain menumpukan perhatian kepada pelajaran. Semangat kerjasama dan semangat berpasukan dapat dilihat antara ahli rumah sukan apabila mereka memberi sokongan kepada peserta rumah sukan yang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti.
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment