(i) Bangunan asal - terdiri dari lapan (8) buah kelas, tarikh digunakan bermula Jun 1954. Pada tahun 1960, Jabatan Pelajaran Tempatan telah membina satu bangunan mengandungi sepuluh (10) buah bilik darjah.
(ii) Bangunan tambahan - selepas itu sebuah blok bangunan tambahan tiga tingkat telah dibina yang terdiri dari sebuah perpustakaan, bilik alat pandang dengar, bilik muzik, bilik agama, kelinik pergigian, bilik mesyuarat dan sebuah bilik guru dan pejabat sekolah.
Sebuah blok bangunan baru tiga tingkat telah dirasmikan YB Encik Chan Siang Sun, Timbalan Menteri Pelajaran pada hari Sabtu 24 April 1976.
Tujuan pembinaan blok bangunan baru adalah untuk menampung jumlah penuntut yang semakin meningkat setiap tahun serta menyediakan kemudahan prasarana bagi sesi teori dan amali untuk pelajar.
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment