Friday, June 19, 2009

Sejarah Sekolah

La Salle Brickfields telah ditubuhkan oleh De La Salle Christian Brothers pada bulan Januari 1953. Pada tahun 1953, sekolah ini bermula dengan lima buah kelas di St. John Intitution. Pada bula Jun 1954, sekolah berpindah ke bangunan baru di Brickfields. Bangunan baru tersebut terdiri daripada lapan buah kelas di bawah guru pengawasnya En. M. Rokk yang kemudiannya telah ditukarkan ke St. John Institution. Beliau telah digantikan oleh En. Chan Kok Kim. Pentadbiran pejabat telah dijalankan di St. John Institution dengan penyelia-penyelianya terdiri daripada En. A. Howe dan En. M. Machado dari St. John Institution yang menjalankan peranan memantau kerja-kerja akademik sekolah ini.

Pada tahun 1956, Rev. Bro. Raphael telah dilantik sebagai guru besar yang pertama di sekolah ini. Beliau menubuhkan pejabat pentadbiran dan sejak itu semua urusan pentadbiran sekolah dijalankan di sekolah. Sekolah menjadi semakin maju dengan kelas-kelas yang berfungsi pada sesi pagi dan petang. Sebuah kantin yang lebih besar telah dibina. Pada 1958, sebuah padang permainan yang besar diwujudkan yang terdiri daripada dua gelanggang bola sepak dan satu balapan 400 meter.

Pada tahun 1960, Jabatan Pelajaran Tempatan telah membina satu bangunan dua tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah. Pada bulan Januari 1961, La Salle Brickfields 2 diwujudkan dimana Rev. Bro. Casimir telah dilantik sebagai guru besar di sekolah tersebut.

Pada Januari 1964, sekolah Menengah La Salle Brickfields diwujudkan bermula dengan empat buah kelas Tingkatan 1. Dua tahun berikutnya sekolah menengah rendah ditubuhkan sepenuhnya dan pada waktu yang sama, En. A. D. Rozario dilantik sebagai Guru Besar pada Mei 1971 selepas persaraan Rev. Bro. Gaston.

No comments:

Post a Comment