Nama sekolah telah diasaskan oleh De La Salle Christian Brothers bermula pada Jun 1954.
(a) Nama sekolah itu dipilih berdasarkan inisiatif para mubaligh Kristian untuk mengembangkan pendidikan formal kepada masyarakat setempat.
(b) Nama sekolah La Salle Brickfields telah mula digunakan sejak Jun 1954 di peringkat sekolah rendah manakala pada bulan Januari 1964 di peringkat sekolah menengah rendah.
(c) Tempat asal sekolah terletak di St. John Institution yang kemudiannya berpindah ke kawasan Brickfields, Kuala Lumpur.
(d) Perasmian sekolah (tiada terdapat catatan sahih mengenai perasmian sekolah)
(e) Kini SMK La Salle Brickfields ditadbir di bawah Jabatan Pelajaran Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur dengan status sekolah bantuan modal.
No comments:
Post a Comment